26 Februari 2011

MAKNA KEHIDUPAN

       Sebaik sahaja melangkah keluar daripada dewan peperiksaan, Natasya  memanjatkan kesyukuran kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan SPM dengan lancar. Dia keluar dari dewan dengan harapan berjaya mendapat semua A dalam setiap subjek. Natasya dan rakan-rakan bersalaman dengan guru-guru. Ucapan terima kasih daripada pelajar tingkatan lima ditujukan kepada setiap guru. Natasya juga mengambil kesempatan untuk berjumpa Azizi. Azizi merupakan sahabat baiknya sejak mereka masuk ke alam persekolahan menengah. Baginya, Azizi merupakan tempatnya untuk menceritakan masalah. Dia berharap persahabatan mereka kekal selamanya. Dia pernah menaruh perasaan sayang kepada Azizi. Tetapi, dia tahu bahawa percintaan pada zaman muda tidak sepatutnya berlaku. Itu semuanya mainan remaja. Ada antara rakan-rakannya berpasangan. Namun baginya itu semua adalah cinta monyet. Dia tetap menanamkan azam untuk berjaya dalam hidup dan membuktikan kejayaan kepada orang tuanya. Dia memasang angan-angan untuk menjadi doktor  kelak.
      Selepas itu, dia pulang ke asrama untuk mengemaskan barang-barangnya. Namun begitu, jauh di sudut hatinya untuk meninggalkan alam persekolahan. Sepatutnya dia bergembira. Tetapi tidak kerana bakal berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan. Tambahan pula, rakan-rakannya tinggal di tempat yang jauh. Barang siap dikemas. Dia turun ke kaki lima bawah lalu mencapai telefon awam. Satu-satu kepingan syiling dimasukkan.
      “Assalamualaikum, ibu.’’ Kata Tasya.
Dia menelefon ibunya. Dia menanyakan ibunya tentang kepulangannya. Puan Siti akan menjemput anaknya pulang dari asrama. Tambahan pula, suaminya ada urusan perniagaan di Batam. Tugasnya di rumah ditinggalkan untuk mengambil anaknya. Tasya duduk bersama rakan-rakannya sementara menunggu ibunya. Tidak lama kemudian, ibunya tiba. Adik-adiknya menolong kakaknya mengangkat barang. Dalam  perjalanan pulang, ibunya bertanya.
     “Bagaimana dengan peperiksaan?” Tanya ibunya.
     “Alhamdulillah, ibu.” Jawab Tasya.
Natasya menjawab semuanya berjalan dengan lancar kepada ibunya. Tiba-tiba perbualan mereka terhenti. Dia mula mengelamun. Entah apalah yang dibayangkannya sehingga terlelap dalam perjalanan. Beberapa jam kemudian, mereka tiba di rumah. Tiba-tiba ibu mendapat panggilan. Ayah telah menelefon ibu bahawa dia akan pulang pada hari esok. Ayah Natasya merupakan seorang peniaga yang terkenal. Ayahnya terlibat dengan perniagaan perkapalan.
       Natasya memulakan rutin sebagai pelajar lepasan SPM. Kawan-kawannya ada yang mendapat panggilan PLKN dan ada yang bekerja. Dia sering membantu ibunya dirumah. Pada setiap hari Sabtu, dia akan mengambil lesen memandu.
        *********************************************
        Beberapa bulan kemudian, keputusan SPM keluar. Hatinya berdebar-debar. Doa dan harapan tidak putus-putus. Sebaik sahaja namanya dipanggil, dia terus mendapatkan slip keputusan. Dengan ucapan tahniah daripada gurunya. Dia berasa amat gembira dan memeluk kedua-dua ibu bapanya. Dia berjaya memperoleh semua A dalam setiap subjek. Usahanya tidak sia-sia. Berkat hasil dorongan guru-guru, ibu bapa, dan rakan-rakan dia berjaya mengecap kejayaan dalam SPM. Jika ada rezeki Tasya berhasrat untuk memohon universiti di luar negara. Dia ingin mengambil kursus bidang kedoktoran. Namun tiba-tiba hasratnya dihalang oleh bapanya. Bapanya mahu dia mengambil kursus bidang perniagaan supaya dia boleh mengambil alih perniagaan bapanya. Kini dia mula mengalami kekeliruan untuk memilih hala tuju sebenar. Dia tidak pernah membantah kata-kata bapanya. Namun begitu, dia tetap berkeras untuk meneruskan cita-citanya.
             Akhirnya, Natasya berjaya meneruskan pelajarannya ke Melbourne, Australia. Dia telah mendapat biasiswa tajaan MARA. Disana dia mengambil kursus bidang kedoktoran. Ada garis gembira pada wajahnya. Dia berharap dengan pilihannya dapat menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk keluarga, masyarakat, dan negara. Bidang kedoktoran seharusnya diterokai oleh anak bangsa bagi meningkatkan jumlah kepakaran doktor.  Kenangan bersama-sama kawan-kawannya menimbulkan nostalgia. Rakan baiknya, Azizi kini berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dia mengambil bidang kejuruteraan. Tiba-tiba rasa rindu akan kampung halamannya walaupun baru menjejakkan kaki di bumi orang. Segala kenangan membuka lipatan ingatannya.
             Beberapa tahun kemudian, dia pulang ke tanah air dengan membawa segulung ijazah. Ahli keluarganya menyambut kepulangan beliau dengan tangan terbuka. Tasya kini menjadi doktor malahan dia telah membuka sebuah klinik. Dia tidak mahu kerja makan gaji. Dia pernah menjalani khidmat di hospital kerajaan. Selepas itu, dia membuat keputusan untuk bekerja sendiri dengan membuka klinik.
     ************************************************
Tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon. Adiknya menelefonnya untuk memberitahu bahawa ibunya pengsan. Tasya bergegas pulang ke rumah. Dia terus menghantar ibunya ke hospital yang berhampiran. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas ibunya. Hanya tinggal keputusan sahaja.
           
             Pada keesokkannya, Tasya ke hospital untuk mengetahui keputusan penyakit yang dihidapi ibunya. Doktor memberitahu dia bahawa ibunya menghidapi penyakit kanser otak. Dia terkedu. Dia reda akan penyakit ibunya. Dia hanya mampu terdiam. Namun begitu, dia tekad untuk memulihkan penyakit ibunya. Dia mahu merawat ibunya supaya pulih. Ayahnya yang berada di luar Negara baru mendapat berita. Dia menjalankan ujian diagnostik ke atas ibunya. Ujian diagnostik merupakan salah satu perubatan nuklear. Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan atau radiologi yang menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit.
            Ibunya kini beransur pulih. Namun pulihnya bukanlah sepenuhnya. Harapan untuk ibunya sembuh amat tipis. Walau bagaimanapun, Natasya tetap berusaha untuk membalas jasa ibunya dengan memberi rawatan kepada ibunya. Tidak sia-sia dia menjadi seorang doktor. Walaupun cita-citanya pernah dihalang oleh bapanya. Setiap hari Tasya merawat ibunya di rumah. Ibunya berpesan kepada Tasya supaya menjaga adik-adiknya apabila ibunya tiada. Sayu hati Tasya mendengar kata-kata ibunya.
       ***********************************************
           Selepas menunaikan solat Subuh, Tasya mengejutkan ibunya untuk solat. Tetapi ibunya tidak sedar. Lalu dia memeriksa nadi ibunya.
          “Ya Allah”. Jerit Tasya.
Ibunya telah menghembuskan nafas untuk selama-lamanya. Betapa pilunya hati Tasya menghadapi dugaan. Dia tabah. Ajal dan maut ditangan Tuhan. Manusia hanya mampu berusaha. Ayahnya yang berada di luar Negara bergegas pulang ke tanah air. Kematian ibunya telah disebarkan ke saudara maranya dan jiran tetangga. Tangisan adik-adik kedengaran. Pemergian ibunya seolah-olah kehilangan sebutir permata yang terlalu berharga.
          Kini Tasyalah yang menggantikan tempat ibunya. Dia menjaga adik-adiknya. Ayahnya baru sahaja meninggal dunia selepas empat bulan ibunya meninggal. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan kapal terbang terhempas di Kanada.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA