31 Disember 2010

Satukan perubatan tradisional, moden

PETALING JAYA 20 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia patut menawarkan diri menjadi tapak percubaan bagi menyatukan perubatan tradisional dan sampingan (TCM) dengan perubatan moden.
Timbalan Perdana Menteri yakin integrasi itu mampu mewujudkan satu cabang baru sains perubatan pada masa depan serta menjadi sumber pendapatan dan kekayaan baru bagi Malaysia.
Untuk tujuan itu, Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bioteknologi dan Biodiversiti Kebangsaan berkata, langkah serius mengkomersialkan TCM perlu dilakukan.
``Ini bermakna produk serta perkhidmatan tradisional perlu menjalani proses ujian, penerimaan pengguna dan pengeluaran berkualiti tinggi mengikut piawaian agar dapat diyakini keberkesanan dan keselamatannya,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Kelima Mengenai TCM (INTRACOM 2003) dan melancarkan pusat pengkalan data elektronik mengenai perubatan, dekat Bandar Sunway, di sini hari ini.
Abdullah berpuas hati dengan segala usaha yang dilakukan terutama oleh Kementerian Kesihatan untuk menjana pertumbuhan TCM di negara ini termasuk menubuhkan bahagian khas yang memberi tumpuan ke arah penggabungannya dengan perubatan moden.
``Banyak mekanisme dan proses lain dilaksanakan bagi mempermudah pertumbuhan TCM di Malaysia. Dasar TCM Nasional sudah dibentuk.
``Modul latihan juga sudah dibangunkan untuk pengamal-pengamalnya dengan modul kesedaran TCM telah pun diperkenalkan dalam kurikulum sekolah perubatan,'' katanya.
Abdullah memberitahu di kebanyakan tempat di dunia, TCM diamalkan seiring dengan teknik moden menggunakan kelengkapan yang sama.
Beliau menarik perhatian kepada pengalaman isterinya, Datin Seri Endon Mahmood menjalani rawatan kanser menggunakan kedua-dua kaedah moden dan tradisional Ayurvedik serentak, jelas memberikan hasil yang memuaskan.
``Di Austria misalnya, pesakit kanser dirujuk kepada pakar herba atau homeopati untuk membantu menghilangkan kesan sampingan rawatan kimoterapi.
``Di Malaysia, sesetengah doktor menawarkan akupuntur kepada pesakit mereka dalam keadaan tertentu,'' katanya.
Justeru, beliau berkata, Malaysia perlu menetapkan matlamat membangunkan TCM sebagai satu industri dengan nilai tambahan untuk memenuhi keperluan kesihatan dan rawatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 50 peratus daripada penduduk negara maju menggunakan TCM.
Beliau yakin TCM memberi nilai tambah kepada arus perubatan dengan menyediakan pemahaman lebih menyeluruh terhadap kesihatan meliputi fizikal dan mental.
Dalam hubungan ini, beliau berkata, matlamat memasukkan TCM ke dalam sistem penjagaan kesihatan moden sama ada dalam bentuk rawatan atau ubat-ubatan perlu menjadi sasaran Malaysia.
Sementara itu, Abdullah turut menyaksikan majlis menandatangani surat hasrat antara Kementerian Kesihatan dengan Pharmaniaga Solutions dan Transnational.
Pharmaniaga merupakan pembekal perisian bagi hub maklumat perubatan yang boleh dilayari di www. globalinmed.com, manakala Quintiles akan menjalankan penyelidikan mengenai TCM.
Bercakap kepada pemberita, Abdullah berkata, pengamal perubatan tradisional Melayu perlu merekodkan pengetahuan ubat-ubatan mereka bagi membolehkannya dibangunkan secara saintifik.
Menurutnya, ketiadaan dokumen mengenai perubatan tradisional Melayu menyebabkannya mudah dilupakan dan ketinggalan berbanding perubatan tradisional kaum lain termasuk Cina dan India.

U Malaysia - 03/11/2003 -


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tentang Mahsuri

Dalam memenuhi kehendak masa kini pelbagai teknik perubatan moden dan juga tradisional di perkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi dan juga peningkatan ilmu pendidikan. Selaras dengan itu, maka wujudlah perubatan rawatan secara metafizik. Rawatan ini telah diperkenalkan oleh   En. Abd. Ghani dengan nama Rawatan  Alternatif Mahsuri (RAM).
Berasaskan minat dan juga ilmu yang ditimba di Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia dan perubatan tradisional beliau telah memulakan perubatan sejak enam tahun lepas dengan permulaan konsep perubatan hanya dilakukan dirumah dan juga ke rumah-rumah pesakit. Konsep perubatan pada masa itu hanya tertumpu kepada bentuk spiritual sahaja.
Bagaimanapun, En. Ghani telah memperkembangkan lagi konsep rawatannya dengan pembukaan sebuah pusat rawatan pada bulan Oktober 2003. Penekanan difokuskan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Ianya adalah satu kaedah yang berasaskan gabungan tenaga dalaman beserta ayat as-syifaq (doa). Gabungan dari kaedah inilah yang akan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang ada dalam diri setiap manusia.
Menurut statistik dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit sakit jantung merupakan “Pembunuh No. 1” kepada penduduk sedunia. Ramai penduduk manusia diragut oleh pembunuh tersebut.
Menurut statistik juga, lebih daripada 70% sistem peredaran darah orang dewasa tergendala. Mereka berada dalam kategori sub-sihat dan berisiko terhadap penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arteriosklerosis.
Penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.
Penyakit Serebral-Kardiovaskkular: Kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, darah terlalu likat, tekanan darah tinggi, pitam, trauma, sakit jantung dan sebagainya.
Penyakit Sistem Saraf dan Sistem Endokrin: Penyakit lemah saraf, ketidakupayaan saraf sistem saraf, ketidakupayaan sistem endokrin, penyakit kronik renal, penyakit kencing manis dan sebagainya.
Penyakit Sistem Respirasi: Rhinitis sensitive, jangkitan peparu, ketidakupayaan peparu dan sebagainya.
Penyakit Sistem Pencernaan: Ulser gastric, radang perut dan usus dan sebagainya.
Masalah Sub-Kesihatan: Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kecantikan, pemulihan, ortopedik, organ deria, ginekologi, hepatitis B dan sebagainya.
Rawatan yang dijalankan ini tidak terhad kepada jantina ataupun umur kerana ianya sesuai untuk semua peringkat. Kebiasaannya pesakit akan dirawat sehingga beberapa kali sehingga semangat mereka dapat dipulihkan semula. Ada diantara mereka yang mengalami masalah urat saraf, sakit puan atau tuan, histeria, lemah semangat , masalah rumahtangga, penyakit kronik dan lain-lain penyakit yang berkaitan emosi, fizikal dan spritual.         
Kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan pil, minyak urut, ubat sapu, gel, air untuk mandian dan juga ubat-ubatan yang lain yang disertakan dengan doa as-syifaq. Ubat-ubat ini diberi mengikut penyakit yang dihadapi. Bagi pesakit yang mengalami masalah rumahtangga, apa yang dilakukan bukanlah untuk meruntuhkan rumahtangga tetapi lebih kepada mengeratkan lagi kasih sayang kedua-dua mereka.       
Pada masa ini beliau mempunyai 6 orang pekerja yang mana 4 daripadanya menguruskan bahagian pemasaran diluar dan 2 orang membantu beliau di pusat rawatan. Dalam memperkembangkan lagi pusat rawatan ini, pelbagai usaha dijalankan seperti membuat promosi melalui iklan, edaran risalah, pemasaran dan promosi ke sekolah-sekolah.
Selain membuat rawatan, En. Ghani juga turut memperkenalkan produk seperti ubat untuk minda yang mana ianya sesuai untuk semua peringkat usia. Produk ini sesuai untuk membentuk minda yang sihat dan cergas.
Antara produk yang popular di rawatan alternatif Mahsuri ialah produk ‘Penawar Sakit‘. produk ini merupakan antara kit kecemasan yang patut disimpan oleh setiap orang di rumah.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA