7 November 2010

TeKnOloGi PeRuBaTan NuKLeAR

 PERUBATAN NUKLEAR

  RUANG KHAS

 X-RAY

 KECANGGIHAN TEKNOLOGI

 PERKHIDMATAN

 KEMUDAHAN PERUBATAN NUKLEAR

GAMMA RAY

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PeRuBaTan nUkLeaR

APAKAH ITU PERUBATAN NUKLEAR?


Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan atau radiologi yang menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit.

MENGAPAKAH SATU SCAN PERUBATAN NUKLEAR DIJALANKAN? 


Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia. Pemeriksaan jenis ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu organ atau sistem yang khusus. Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat mengenai anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan ketidaknormalan paling awal dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan dengan pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan nuklear mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk sakit dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan tiroid.


APA YANG BERLAKU DALAM SATU PEMERIKSAAN ATAU SCAN PERUBATAN NUKLEAR?


Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan supaya mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk ke dalam badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum prosedur bermula. Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut akan memerlukan tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin diskan. Beberapa ujian mungkin juga menghendaki scan berganda yang diambil pada waktu-waktu yang berlainan.


Ujian tersebut dan waktu dijangka terlibat akan dijelaskan kepada pesakit oleh kakitangan perubatan nuklear sebelum peperiksaan. Dalam kebanyakan kes, persediaan khas tidak diperlukan. Doktor itu perlu diberitahu tentang semua ubat yang diambil oleh pesakit, atau jika pesakit mengandung. Umumnya perubatan nuklear tidak dinasihati bagi pesakit-pesakit hamil. Doktor itu juga harus diberitahu jika pesakit sedang menyusukan bayinya.

Pesakit akan discan dengan satu pengimbas khas, yang akan dapat mengesan sinaran yang dipancar oleh bahan radioaktif dalam badan pesakit. Pengimbas khas ini adalah dipanggil kamera gamma. Semasa diimbas atau scan, kamera akan ditempatkan rapat kepada bahagian badan yang sedang diperiksa dan sebilangan gambaran yang berlainan akan direkod. Komputer akan memproses imej yang diambil oleh kamera gamma. Hasil scan nuklear perlu dibanding dengan ujian-ujian diagnostik lain pesakit itu untuk mencapai diagnosis yang lebih tepat. Pakar perubatan nuklear kemudiannya akan menyediakan satu laporan mengenai penemuan pemeriksaan tersebut.



APAKAH RISIKO PEMERIKSAAN PERUBATAN NUKLEAR?


Tatacara perubatan nuklear cukup selamat kerana hanya sedikit bahan radioaktif adalah diperkenalkan ke dalam badan semasa prosedur diagnostik perubatan nuklear. Faedah-faedah awal dan diagnosis yang tepat jauh melebihi risiko menerima sedikit bahan radioaktif. Kebanyakan daripada bahan-bahan radioaktif disingkirkan dengan cepat (semula jadi melalui perkumuhan badan) dalam tempoh beberapa jam atau paling lama dalam beberapa hari. Meminum banyak air atau cecair selepas satu pemeriksaan akan membantu untuk menghapuskan bahan radioaktif dengan lebih cepat dari badan. Berbanding dengan ujian perubatan lain yang melibatkan radiasi, perubatan nuklear berbanding baik dengan kebanyakan ujian yang melibatkan X-ray. Kesan sampingan daripada perubatan nuklear adalah sangat jarang.


>Kegunaan terapeutik perubatan nuklear<

Terapi (rawatan) yang menggunakan perubatan nuklear adalah satu cara berkesan, selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam sesetengah kes menyingkir penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu aktif, kanser tiroid dan artritis. Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan nuklear selalunya akan diminta tinggal di hospital untuk beberapa hari.

Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-doktor hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit dikumuhkan dari tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti harian pesakit tidak akan terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara pengambilan ubat, atau jika dos biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan, pesakit harus meminta jika dan bila pengambilan ubatnya boleh disambung semula. Kesan sampingan kecil seperti berasa mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur mungkin berlaku dalam rawatan perubatan nuklear.

>Tomografi Pancaran Positron (PET) secara ringkas<
Pengimbas PET menghasilkan imej dengan menggunakan komputer untuk membina semula imej berdasarkan maklumat yang diperoleh. Dari segi ini, PET sama dengan scanner (pengimbas) CT dan MRI. Kesamaannya, walau bagaimanapun berhenti di sini. Scan PET dikelaskan sebagai scan perubatan nuklear.

Pengimbas PET direka untuk mengambil kesempatan pancaran serentak 2 foton pemusnah apabila sesuatu positron mencapai tahap kuasa kosong. Proses ini juga dikenali sebagai pereputan positron. Bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan positron termasuk isotop karbon, oksigen, nitrogen dan florin. Ini semua adalah isotop elemen yang penting dalam sistem biologi. Oleh itu, PET membolehkan kajian ke atas kompaun ini di dalam badan kita.

PET FDG adalah Tomografi Pancaran Positron menggunakan florin-18 flurodeoksiglukos sebagai bahan pengimejan (kompaun pengesan). Radionuklid memancar positron mempunyai hayat separuh (half life) yang singkat. Oleh itu, untuk sesebuah pusat membekalkan perkhidmatan PET, pusat itu patut dibekalkan dengan sebuah alat siklotron (Pemecut Partikel - cyclotron), ahli fizik nuklear, pakar komputer, juru radiofarmasi, pakar isotop dan doktor. Jika sebuah pusat tidak mempunyai sebuah siklotron, radionuklid ini perlu di hantar ke pusat tersebut.

Dalam tahun kebelakangan ini, PET sedang melalui pembaharuan yang menakjubkan. Di mana-mana dalam badan yang melalui perubahan biokimia boleh diperhatikan melalui PET. PET sangat berguna dalam penyakit neurologi atau saraf, terutamanya di otak (penyakit serebrovaskular, epilepsi, dan tumor serebrum). PET juga penting dalam kajian dan kemajuan ubat termasuk untuk mengesan dan mencari tumour serta setakat mana tumour tersebut merebak di dalam badan. PET telah dibuktikan berguna terutamanya untuk pengimejan limfoma serta kanser paru-paru “non-small cell”.

Pada masa kini, pengimbas PET dipasangkan dengan pengimbas CT (multislice) untuk memastikan pengimejan anatomi dalam CT dipasangkan dengan maklumat fungsi asas dari skan PET . Ini telah meningkatkan mutu maklumat yang dibekalkan oleh skan PET biasa.



NOTA:
PET = Positron Emission Tomography/ Tomografi Pancaran Positron
FDG = Florin-18 flurodeoksiglukos


sumber: http://www.radiologymalaysia.org/Content/2006/Public/Imaging/BM/Pemeriksaan_Prosedur_Pengimejan/BM_NuclearMed.html

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA